Taklimat Siswazah KITA 2/2018-2019, 22 Februari 2019

Sesi pengenalan dan taklimat penerangan berkenaan program pengajian siswazah KITA kepada siswazah baru KITA kemasukan Semester 2, Sesi Akademik 2018/2019 telah diadakan pada 22 Februari 2019 (Jumaat) jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat KITA. Taklimat berkenaan telah dipengerusikan oleh Dr. Adil Johan, Ketua Jaminan Kualiti KITA. Selain pelajar baru, felo-felo dan pelajar-pelajar lama KITA turut hadir pada majlis berkenaan.

Selamat Datang dan Tahniah kepada siswazah baru KITA kemasukan Semester 2 Sesi 2018/2019:

  • Belinda Fong Chong Lynn (P98888): Program Doktor Falsafah
  • Moamad Fakhrul Anuar bin Mohamed Ramli (P98887): Program Doktor Falsafah

Perincian mengenai tajuk tesis dan penyelia setiap pelajar KITA boleh dirujuk di sini.

Sila layari Facebook KITA untuk gambar-gambar Taklimat Siswazah Baru KITA Sem. 2 Sesi 2018/2019.