Panggilan Pembentangan pada Kolokium Siswazah KITA Sem. 2 Sesi 2017/2018

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa semua pelajar dijemput hadir ke program tersebut sebagai mana ketetapan berikut:

Tarikh: 2 – 3 Mei 2018 (Rabu – Khamis)
Jam: 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat KITA, Kolej Keris Mas, UKM.

Semua siswazah KITA diwajibkan hadir. Sekiranya ada antara pelajar yang berhasrat untuk membentang sama ada peringkat usulan atau laporan kemajuan, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi Penyelaras Kolokium Siswazah KITA Dr. Shazlin Amir Hamzah pada atau sebelum 6 April, 2018 (Jumaat).

Sekian, terima kasih.