Pekeliling Pusat Siswazah Bil. 1/2018: Cadangan Pindaan Syarat Penerbitan Manuskrip Sebagai Syarat Bergraduat Bagi Program Pengajian Sarjana/Doktor Falsafah Mod Penyelidikan

Dengan segala hormatnya izinkan saya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Minit Mesyuarat Senat Ke-440 bertarikh 17 Januari 2018 telah meluluskan Cadangan Pindaan Syarat Penerbitan Manuskrip Sebagai Syarat Bergraduat Bagi Program Pengajian Sarjana / Doktor Falsafah Mod Penyelidikan.

Sehubungan dengan itu, bersama- sama ini disampaikan petikan minit Mesyuarat Senat Ke-440 berkenaan dengan Cadangan Pindaan Syarat Penerbitan Manuskrip Sebagai Syarat Bergraduat Bagi Program Pengajian Sarjana / Doktor Falsafah Mod Penyelidikan untuk perhatian selanjutnya pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan.

Untuk makluman pihak Syarat Bergraduat bagi Program Pengajian Sarjana / Doktor Falsafah Mod Penyelidikan berkuatkuasa mulai Semester I Sesi Akademik 2018/2019. Walau bagaimanapun, syarat penerbitan yang lama (sepertimana yang tertera pada surat tawaran) masih terpakai untuk pelajar yang mendaftar pada sesi sebelumnya.

Petikan Minit Mesyuarat Senat 440