Pendaftaran Pelajar Siswazah bagi Sem. 2 Sesi 2017/2018

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa sesi pembelajaran bagi Semester 2 sesi 2017-2018 akan bermula pada 12 Februari 2018. Pelajar diminta mengambil perhatian terhadap perkara-perkara berikut;

  1. Pelajar hendaklah membuat pendaftaran kursus/tesis/disertasi secara dalam talian di laman https://smp.ukm.my mulai 12 – 18 Februari 2018
  2. Pelajar hendaklah menjelaskan yuran pengajian sebelum dibenarkan mendaftar. Kemaskini pembayaran adalah dalam tempoh 3 hari bekerja.
  3. Sebarang pertanyaan mengenai yuran dan akaun pelajar, hendaklah dimajukan kepada Bahagian Kewangan Pelajar,Jabatan Bendahari UKM (nadia@ukm.edu.my/syifaa@ukm.edu.my).
  4. Sebagai peringatan, pembayaran yuran pengajian tidak bermaksud pendaftaran semester telah dilakukan secara automatik, sebaliknya adalah pelajar bertanggungjawab untuk membuat pendaftaran kursus/tesis/disertasi di https://smp.ukm.my dalam tempoh masa yang ditetapkan.
  5. Berikut adalah tarikh-tarikh penting untuk perhatian:
Tindakan Tarikh
Pendaftaran (atas talian) 12 – 18 Februari 2018
Calon dikenakan Denda Lewat Mendaftar 19 Februari 2018
Calon Diberhentikan Kerana Tidak Mendaftar Mulai 12 Mac 2018
Tarikh akhir Tambah/Gugur Kursus 11 Mac 2018
Tarikh akhir Tarik Diri kursus 22 April 2018
Tarikh akhir Serah Tesis/disertasi (Tiada pembayaran yuran untuk Sem 1 2018-2019) 13 Ogos 2018
Tarikh akhir Serah Tesis/disertasi (Tiada pembayaran yuran untuk Sem 1 2018-2019) 8 Mac 2018

Dilampirkan maklumat berikut untuk rujukan dan tindakan masing-masing:

Salam Hormat

Sumber: E-mel daripada Eksekutif Kanan KITA, 10 Januari 2018