Penilaian Laporan Kemajuan Calon (LKC) Sem. 2 Sesi 2017/2018

Y​​Bhg Prof​. Ulung/​Prof./Dr. yang dihormati,

​​S​ukacita dimaklumkan bahawa skrin penilaian LKC untuk pelajar siswazah telah dibuka dari 28 Mei 2018 (Isnin) hingga 8 Julai 2018 (Jumaat).

Oleh itu, ​dimohon kerjasama dan jasa baik Y​​Bhg Prof​. Ulung/​Prof/Tuan/Puan untuk membuat penilaian sepertimana yang dinyatakan dengan jelas dalam Peraturan-peraturan UKM (Pengajian Siswazah) 2015:

Perkara 34 (12) – Penyelia Utama/Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan hendaklah menyampaikan satu laporan kemajuan calon kepada Sekretariat/Jawatankuasa Siswazah Fakulti/Institut pada setiap semester sepanjang tempoh pengajiannya.

Perkara 43 – Calon yang mengikuti pengajian di bawah perenggan 6(a) boleh diberikan status ‘Gagal dan Diberhentikan’ sekiranya calon itu memperoleh laporan kemajuan seperti berikut:

  • (a) ‘dengan Ingatan’ sebanyak 4 kali sepanjang tempoh pengajian; atau
  • (b) ‘dengan Amaran’ sebanyak 2 kali sepanjang tempoh pengajian; atau
  • (c) gabungan 2 kali ‘dengan Ingatan’ dan 1 kali ‘dengan Amaran’ sepanjang tempoh pengajian; atau
  • (d) “Gagal dan Diberhentikan’ pada mana-mana semester.

​Kerjasama dan perhatian semua amatlah dihargai serta didahului dengan ucapan terima kasih.

Sumber: E-mel dari Eksekutif Kanan, 28 Mei 2018