Penilaian Penyeliaan Sem. 1 Sesi 2018/2019 di SPPP

Saudara/saudari,

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa tarikh Penilaian Penyeliaan di SPPU telah pun tamat pada 18 Januari 2019. Bagi yang masih belum membuat penilaian dimohon untuk email dan maklumkan kepada saya untuk dibuka parameter bagi membolehkan penilaian dibuat.

Kegagalan saudara/i membuat penilaian akan menyebabkan saudara/i tidak dapat melihat keputusan LKC untuk Sem 1 2018/2019 dan mendaftar pada Sem 2/2018/2019.

Perhatian dan kerjasama semua amatlah dihargai serta didahului dengan ucapan terima kasih.

Salam hormat.

Sumber: E-mel Eksekutif Kanan, 25 Januari 2019