RERE6014 Kaedah Penyelidikan (Kajian Etnik)

RERE6014 Research Methodology (Ethnic Studies)

Sinopsis Kursus | Course Synopsis

Kursus ini mempunyai dua bahagian. Bahagian pertama menarik perhatian pelajar kepada penyelidikan sains sosial, apa yang dimaksudkan sebagai penyelidikan sains sosial, dan melihat penyelidikan pelajar sendiri dalam rangka penyelidikan sains sosial, dengan fokus kepada bidang kajian etnik. Seterusnya, mengenai pengurusan penyelidikan dari segi penjelasan mengenai isu-isu berkaitan dengan proses membuat penyelidikan. Bahagian kedua memberi panduan bagaimana melakukan penyelidikan. Topik-topik yang akan dibincang dalam bahagian pertama seperti berikut: manfaat membuat penyelidikan dan bila masanya penyelidikan perlu untuk memahami sesuatu masalah; orientasi penyelidikan dari segi pendekatan kualitatif, kuantitatif dan gabungan, bersesuaian dengan matlamat penyelidikan; dan proses menulis cadangan penyelidikan khususnya perincian mengenai tumpuan kajian dan soalan-soalan kajian yang utama. Topik-topik yang akan dibincang dalam bahagian kedua meliputi tinjauan literatur mengenai perkara yang dijadikan tumpuan penyelidikan serta cara mencari hasil-hasil literatur berkenaan; etika penyelidikan berkaitan dengan diri sebagai penyelidik; penulisan akademik; pemikiran kritis; kaedah-kaedah pengumpulan dan analisis data bersesuaian dengan orientasi penyelidikan; kemahiran berhujah; kemahiran berhubung dengan responden dan bertanya soalan; dan proses menulis draf usulan penyelidikan.

This course consists of two sections. The first section draws the students’ attention to social science research, what it means by social science research, and seeing their individual research as social science research, with focus on ethnic studies. Topics to be discussed in the first section include: the benefit of doing research and the importance of research towards understanding a problem; research orientation – qualitative, quantitative and/or mixed, and the appropriateness of each orientation with the research goal; and the process of writing a research proposal, specifically with regards to the research focus and research questions. The second section deals with the practical aspects of how to do research. Topics to be discussed include literature review; ethics of research; academic writing and critical thinking; methods of data collection and data analysis appropriate to the research orientation; practical skills relevant for research such as argumentative skills; interpersonal skills and techniques of asking questions; and process of writing the draft for research proposal.

 
Hasil Pembelajaran Kursus | Course Learning Outcomes

Di akhir kursus, pelajar mampu:

  1. Menerangkan maksud metodologi penyelidikan dari segi prinsip, konsep-konsep asas dan aplikasi dalam bidang kajian etnik;
  2. Membuat pilihan mengenai kaedah pengumpulan dan analisis data yang sesuai dengan objektif kajian;
  3. Menyampaikan hujah dan mempertahankan penyelidikan mengikut asas pemikiran kritis dan analisis akademik;
  4. Membudayakan etika penyelidikan dalam penulisan akademik;
  5. Menghasilkan draf usulan penyelidikan masing-masing berasaskan metodologi penyelidikan yang sesuai.

At the end of the course, students are able to:

  1. Explain the meaning of research methodology in terms of the principles, basic concepts and application in the field of ethnic studies;
  2. Make decision on appropriate data collection and analysis methods in accordance with his/her own research objectives;
  3. Present views and defend arguments based on critical thinking and academic analysis;
  4. Internalise the culture of the ethnics of research in academic writing;
  5. Produce his/her respective draft research proposal based on appropriate research methodology.

 
Bacaan Asas | Basic References

  1. Creswell, J.W. 2012. Qualitative Inquiry & Research Design: Choosing Among Five Approaches. Edisi ke-3. Thousand Oaks: SAGE Publications.
  2. Eco, U. 2015. How to Write a Thesis. Terj. Farina, C.M. & Farina, G. Cambridge: The MIT Press.
  3. Kumar, R. 2014. Research Methodology: A Step-by-Step Guide for Beginners. Edisi ke-4. London: Sage.
  4. Neuman, W.L. 2013. Social Research Methods: Qualitative and Quantitative Approaches. Edisi ke-7. Essex: Parson Education Ltd.
  5. Schutt, R.K. 2014. Investigating the Social World: The Process and Practice of Research. Edisi ke-8. California: Sage Publication.

 
Current Students Main Page