Kolej Ibrahim Yaakub

 KIY Universiti Kebangsaan Malaysia

Aluan Pengetua

 

Assalamualaikum dan Salam Highlanders,

Bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya, Portal Rasmi Kolej Ibrahim Yaakub telah berjaya disiapkan dan  dirasmikan pada 15 Mei 2015.

Ucapan terima kasih kepada Naib Canselor, YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali, selaku perasmi laman web Kolej Ibrahim Yaakub (KIY).  Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pihak yang bertungkus-lumus dalam menyiapkan web ini.

Sesungguhnya objektif utama terhasilnya laman web ini adalah sebagai satu kemudahan untuk berinteraksi dan berkomunikasi pada zaman ini selaras dengan perkembangan teknologi maklumat yang kian pesat membangun. Semoga dengan kemudahan yang diberikan ini dapat digunakan sebaik mungkin oleh warga Kolej Ibrahim Yaakub.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada para pelajar yang baru mendaftar di KIY ini. Kami dengan lapang dada dan berbesar hati menerima kedatangan para pelajar sekalian.

Akhir kata, saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mungucapkan “Selamat Menjalani Kehidupan Mahasiswa” kepada para pelajar sekalian. Pelajar sekalian merupakan bakal graduan berasaskan ilmu pengetahuan yang amat diperlukan oleh negara. Saya  mendoakan agar para pelajar sekalian mencapai kejayaan yang cemerlang. Amin Ya Rabbal Alamin.

Translate »