Kolej Ibrahim Yaakub

 KIY Universiti Kebangsaan Malaysia

Sejarah Kolej Ibrahim Yaakub

Kolej Ibrahim Yaakub merupakan salah sebuah daripada sepuluh buah kolej yang terdapat di kampus induk UKM Bangi. Kerana keadaan geografinya yang tinggi, kolej digelar sebagai HIGHLANDERS. Kolej yang tertinggi di UKM ini telah dibina pada tahun 1980 dan mula dibuka pada tahun 1982. Kolej ini juga dikenali sebagai KOLEJ ILMU selaras dengan kesungguhannya memartabatkan ilmu pengetahuan di kalangan penghuni-penghuninya.

Bermula dengan pengetua yang pertama sehinggalah pengetua sekarang, Kolej Ibrahim Yaakub telah menempa pelbagai kejayaan yang mengharumkan nama kolej dan universiti di persada tanah air.

Translate ยป