Unit Pembangunan Insaniah (uPIN)

1. Pengenalan

Kemahiran insaniah merupakan aspek penting dalam pembangunan dan perkembangan pelajar. Kemahiran ini perlu dikenalpasti, dibangunkan dan dikembangkan secara berterusan oleh pelajar. Oleh yang demikian, bersesuaian dengan peranan Majlis Felo Kolej Antarabangsa Ibu Zain sebagai badan penasihat dan pembimbing pelajar, Majlis Felo perlu memberikan perhatian lebih serius terhadap pembangunan kemahiran insaniah pelajar dan mengurusnya secara teratur dan sistematik. Bertepatan dengan itu, maka penubuhan Unit Pembangunan Insaniah (uPIN) KIZ bertepatan dengan masanya.

Fungsi uPIN ini membantu pihak pentadbiran Kolej Ibu Zain dalam menguruskan tentang hal ehwal aktiviti pelajar dan urusan kebajikan pelajar di luar waktu pejabat. Penubuhan unit ini adalah juga sebagai suatu proses pemerkasaan kepada operasi Majlis Felo di KIZ dalam memacu dan memandu aktiviti pelajar dengan lebih baik dan sempurna. Platform ini dilihat amat signifikan kerana ia akan memberikan ruang dan peluang kepada pelajar untuk lebih serius dalam mendapatkan bimbingan dan rujukan dalam pembangunan kemahiran insaniah dan juga penganjuran aktiviti pelajar. uPIN menjalankan operasi yang berbeza dengan pejabat kolej. uPIN memfokus kepada hal-ehwal pengurusan aktiviti pelajar.

Fungsi asas Unit Pembangunan Insaniah (uPIN) KIZ dapat diringkaskan seperti berikut:

  1. Tempat penyimpanan fail pelajar
  2. Tempat Penyimpanan fail lengkap program pelajar
  3. Tempat rujukan dan perolehan maklumat pengurusan dan pengajuran aktiviti pelajar
  4. Tempat perbincangan pelajar dan felo
  5. Tempat urusan berkenaan hal ehwal kebajikan pelajar di luar waktu pejabat.
  6. Ruang Kerja felo-felo