Soalan Lazim

PENGINAPAN

1. Bagaimanakah saya boleh membuat permohonan penginapan di KIZ setelah mendaftarkan diri sebagai pelajar pra-siswazah atau siswazah di Universiti Kebangsaan Malaysia?

Untuk Pelajar Prasiswazah Tahun 1, penginapan kolej kediaman telah ditentukan oleh UKM dan maklumat penginapan kolej kediaman akan dihantar kepada pelajar bersama surat tawaran pengajian sebelum pendaftaran di UKM.

Untuk pelajar siswazah yang berminat menginap di KIZ, pelajar perlu membuat pertanyaan di kaunter pejabat pentadbiran KIZ untuk kekosongan bilik. Jika tiada kekosongan, pelajar siswazah akan dirujuk kepada Kolej Kediaman yang lain di UKM.

Sekiranya ingin memohon penginapan Kolej pada Semester atau  luar semester, boleh memohon melalui laman web UPP atau berurusan di kaunter Pejabat Kolej Ibu Zain. 

2. Apakah perkhidmatan dan kemudahan yang diberikan kepada penghuni di KIZ?

Penghuni dapat membuat pilihan antara pangsasiswa (perseorangan) atau pangsarama (perkongsian dua) berdasarkan kekosongan bilik. KIZ juga menyediakan ruang untuk pelajar menjalankan aktiviti seperti Skylight, Lobi, Kafeteria dan perkhidmatan lain yang disediakan.

Untuk keterangan lanjut, sila layari kepada laman perkhidmatan.

PERTANYAAN LAZIM BERKENAAN AKADEMIK