PORT FOLIO MEP
YANG DIPERTUA
- Merupakan rujukan utama dalam apa jua hal berkaitan JAKSA dan pelajar Kolej Keris Mas sama ada aktiviti, penggerakan dan perhubungan pelajar, kebajikan dan sebagainya.
- Menjadi penggerak utama dalam semua hal berkaitan JAKSA seperti etika kerja, aktiviti, mesyuarat, perjumpaan, kebajikan, polisi kewangan dan sebagainya.
- Menjadi penghubung antara JAKSA dengan pelajar, felo, pengurusan kolej dan pengurusan UKM.
- Mengendalikan mesyuarat berkala JAKSA, tergempar, perjumpaan dan sebagainya.
- Membuat keputusan berkaitan JAKSA melalui mesyuarat atau tanpa mesyuarat bergantung kepada keadaan.
- Memastikan semua aktiviti yang dirancang dilaksanakan sebaik mungkin berdasarkan matlamat dan objektif yang digariskan oleh jawatankuasa program mengikut masa yang ditetapkan ketika pemukiman JAKSA.
- Bertanggungjawab terhadap segala program yang dianjurkan menggunakan nama Kolej Keris Mas.
NAIB YANG DIPERTUA I
- Memangku tugas Yang Dipertua JAKSA dalam mengendalikan mesyuarat JAKSA jika diminta berbuat demikian.
- Mewakili Yang Dipertua JAKSA dalam apa-apa jemputan sama ada mesyuarat, majlis perasmian dan sebagainya jika diminta berbuat demikian.
- Menjaga kebajikan pelajar kolej agar sentiasa di tahap optimum dari aspek
1 Kafetaria dan penginapan (Harga makanan, kebersihan kafetaria, kebersihan blok, keceriaan dan sebagainya)
2 Kesihatan (Kes-kes jangkit berjangkit, ditahan wad, pembedahan, kematian waris dan sebagainya)
3 Interaksi pelajar ketika aktiviti dan program (Latihan, perjumpaan, mesyuarat, pencapaian dan sebagainya)
- Bertindak sebagaiKetua Pengarah Majlis Makan Malam Tahunan KKM
NAIB YANG DIPERTUA II
- Memangku tugas Yang Dipertua JAKSA dalam mengendalikan mesyuarat JAKSA jika diminta berbuat demikian.
- Mewakili Yang Dipertua JAKSA dalam apa-apa jemputan sama ada mesyuarat, majlis perasmian dan sebagainya jika diminta berbuat demikian.
- Menjaga kebajikan pelajar kolej agar sentiasa di tahap optimum dari aspek
1 Kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan (WiFi, Pusat Wacana Ilmu, Bilik Seminar I, Bilik Seminar II, Student Lounge, Dewan Besar, Surau al-Munir, dobi, bilik TV, Bilik Konvensyen, Gimnasium dan sebagainya)
2 Keselamatan dan kecemasan (Kes-kes kecurian, pecah masuk, kemalangan, kebakaran dan sebagainya)
3 Pergerakan aktiviti dan program pelajar (Latihan, perjumpaan, mesyuarat, pencapaian dan sebagainya)
- Bertindak sebagaiKetua Pengarah Temasya Gemilang Kolej Keris Mas
SETIAUSAHA
- Merekod dan menyediakan minit mesyuarat JAKSA.
- Menyemak segala urusan pemfailan Exco JAKSA.
- Menguruskan segala urusan surat menyurat JAKSA.
- Menempah tempat dan memanggil semua Exco JAKSA atau ahli-ahli yang wajib hadir bagi mana-mana mesyuarat yang hendak diadakan oleh YDP.
- Memastikan semua laporan program yang telah dijalankan oleh setiap Exco JAKSA dihantar untuk disemak iaitu dalam tempoh dua (2) minggu setelah program dijalankan.
- Membuat laporan JAKSA bagi sesi tersebut.
- Memastikan keadaan bilik JAKSA sentiasa dalam keadaan baik dan selesa untuk digunakan.
- Membantu Exco-exco yang lain atas arahan dan nasihat YDP.
BENDAHARI
- Menguruskan segala urusan kewangan JAKSA atas arahan YDP.
- Membuat rekod debit dan kredit wang JAKSA.
- Memastikan laporan kewangan untuk setiap program yang telah dijalankan dihantar dalam tempoh dua (2) minggu setelah program dijalankan.
- Membuat laporan kewangan JAKSA bagi sesi tersebut.
- Membantu Setiausaha dalam memastikan Bilik JAKSA dalam keadaan yang baik dan selesa untuk digunakan.
- Membantu exco-exco yang lain atas arahan dan nasihat YDP.