TINTA PENGETUA

Dr. Mat

Bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya, laman web KKM telah berjaya disiapkan dan  dirasmikan pada 1 Februari 2009.

Sesungguhnya objektif utama terhasilnya laman web ini adalah sebagai satu kemudahan untuk berinteraksi dan berkomunikasi pada zaman ini selaras dengan perkembangan teknologi maklumat yang kian pesat membangun. Semoga dengan kemudahan yang diberikan ini dapat digunakan sebaik mungkin oleh warga Kolej Keris Mas.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada para pelajar yang baru mendaftar di KKM ini.  Kami dengan lapang dada dan berbesar hati menerima kedatangan para pelajar sekalian.

Akhir kata, saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mungucapkan “Selamat Menjalani Kehidupan Mahasiswa” kepada para pelajar sekalian. Pelajar sekalian merupakan bakal graduan berasaskan ilmu pengetahuan yang amat diperlukan oleh negara. Saya  mendoakan agar para pelajar sekalian mencapai kejayaan yang cemerlang.

Prof. Madya Dr. Muhammad Bin Hussin

Pengetua Kolej Keris Mas