Pertandingan Inovasi

Pertandingan Inovasi P&P 2018 mempertandingkan produk atau hasil inovasi berkaitan proses atau bahan pembelajaran dan pengajaran. Semua orang atau kumpulan berhak untuk menyertai pertandingan ini mengikut 3 kategori yang bersuai iaitu 1) Kaedah Pengajaran/ Penyeliaan, 2) e-Pembelajaran/ Bahan Bantu Mengajar dan 3) Pentaksiran/ Penilaian.

Penyertaan terbuka kepada ahli akademik UKM dan institusi luar (sekolah, politeknik, maktab perguruan, IPTA, IPTS dan mana-mana institusi pendidikan) sama ada secara individu atau berkumpulan. Kombinasi pensyarah, staf dan pelajar adalah dibenarkan.

Peserta perlu menyediakan dan mencetak poster saiz A1 (841 x 594 mm / 33.1 x 23.4 inci) mengikut kreativiti masing-masing berdasarkan kriteria penilaian sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. 

Peserta hendaklah mempamer dan membuat demonstrasi inovasi masing-masing di hadapan juri selama beberapa minit sewaktu sesi penjurian dijalankan. Pemenang pertandingan akan diumumkan semasa majlis penutup & peserta perlu berada di lokasi pada masa tersebut.

Sila rujuk terma dan syarat untuk maklumat lanjut.