Bahasa

Penafian Terjemahan Bahasa Ketiga

Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan selepas pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer . Kebarangkalian kandungan mungkin berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Universiti Kebangsaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kesalahan maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal di dalam Bahasa Inggeris dan Malaysia.

KONVOKESYEN UKM

Pengumuman / Hebahan Penting

1.Capaian ke Sistem Konvokesyen UKM hanya boleh dibuat mulai 28 September 2019 (Sabtu).
2.Semua graduan diminta menyemak status hutang melalui Portal E-Kewangan, Trafik serta PTSL dan memastikan bayaran dibuat untuk mengelakkan sebarang masalah semasa mengambil jubah dan menghadiri konvokesyen.
3.Bayaran hutang hendaklah dijelaskan sebelum tarikh peminjaman jubah selewat-lewatnya pada atau sebelum 15 Oktober 2019 (Selasa).
4.Surat jemputan Majlis Konvokesyen ke-47 UKM boleh dicetak mulai pada 28 September 2019 (Sabtu).
5.Semua graduan diminta untuk membuat pengesahan kehadiran konvokesyen mulai 28 September 2019 (Sabtu) dan mencetak slip pengesahan untuk pengambilan jubah.
6.Semua graduan WAJIB mengisi dan melengkapkan Kajian Pengesanan Graduan 2019 menerusi laman web graduan.mohe.gov.my, bermula pada 1 Oktober 2019 (Selasa). Semasa pengambilan jubah anda diminta untuk membawa slip Kajian Pengesanan Graduan yang telah dicetak. Jika anda gagal untuk berbuat demikian proses pengambilan jubah akan terganggu.
7. Semua graduan perlu memuat naik gambar baharu di SMPWEB/SMPE selewat-lewatnya pada atau sebelum 1 Oktober 2019 (Selasa) bagi tujuan paparan di layar putih semasa Majlis Konvokesyen. Gambar yang diterima selepas 1 Oktober 2019 akan dipaparkan bergantung kepada keputusan Jawatankuasa Majlis Konvokesyen.
8.Klik sini untuk paparan susunan sidang mengikut Fakulti/Institut Majlis Konvokesyen ke-47 UKM. Semua graduan diminta hadir mengikut sidang konvokesyen yang telah ditetapkan. Pertukaran sidang adalah tidak dibenarkan.
9.Penempahan gambar atas pentas boleh dilakukan menerusi laman web Sistem Konvokesyen UKM dan membuat pembayaran secara atas talian setelah mengesahkan kehadiran. Tarikh tutup tempahan gambar adalah pada 31 Disember 2019 (Selasa).
10.Kepada pelajar antarabangsa, gambar atas pentas anda hanya boleh diambil di kiosk yang akan disediakan bermula sehari selepas sidang konvokesyen anda selesai. Tiada sebarang penghantaran pos akan dilakukan.
11. Untuk makluman, lokasi kaunter pengedaran gambar pentas akan dibuka di dua (2) lokasi seperti berikut :

1. Kaunter Jurugambar Studio Rasmi UKM di DECTAR pada 3 - 7 November 2019
2. Kaunter Lobi Pusat Pengurusan Akademik pada 8 - 10 November 2019
12.Klik Sini untuk Maklumat berkaitan pinjaman jubah.