Bayaran Hutang Tertunggak
BAYARAN HUTANG TERTUNGGAK KEPADA UNIVERSITI
- Graduan hendaklah memastikan semua hutang tertunggak seperti yuran pengajian dan yuran penginapan dan sebarang denda seperti denda perpustakaan dan saman trafik, dijelaskan sebelum dibenarkan untuk mengambil jubah seterusnya majlis konvokesyen.
- Graduan boleh menyemak status hutang di laman web Portal E-Kewangan. Sila hubungi Bahagian Kewangan Pelajar di talian 03-8911 8174/8183/8184 jika terdapat sebarang pertanyaan atau memerlukan keterangan lanjut.
- Graduan boleh menyemak status hutang PTSL di http://gemilang.ukm.my/.
- Saman trafik boleh disemak melalui https://ewarga.ukm.my/trafik/
- Bayaran hutang hendaklah dijelaskan sebelum tarikh peminjaman jubah selewat-lewatnya pada atau sebelum 15 Oktober 2019.
PERHATIAN :
Bayaran secara tunai tidak diterima di kaunter Pusat Khidmat Kewangan Jabatan Bendahari.
Urusan pemulangan buku dan pembayaran denda perpustakaan boleh dibuat di Perpustakaan Tun Seri Lanang atau perpustakaan cabang yang berhampiran.
Sila pastikan nombor matrik dimasukkan dengan betul semasa membuat transaksi bayaran dan bukti pembayaran perlu disimpan untuk rujukan. Sekiranya bayaran tidak dibuat mengikut kaedah yang dibenarkan, pelajar perlu bertanggungjawab di atas masalah yang timbul.
KAEDAH BAYARAN
(bagi hutang yang dipaparkan dalam Portal e-Kewangan sahaja)
- Graduan Program Eksekutif/Program Berterusan Jarak Jauh (Pusat Kembangan Pendidikan) boleh menyemak status hutang di laman web Portal E-Kewangan https://ekew.ukm.my/efast atau terus menghubungi Unit Kewangan PKP di talian 03-8921 3366/5377/3997.
Pelajar Program Eksekutif/Program Berterusan Jarak Jauh (Pusat Kembangan Pendidikan)