Pengambilan Skrol Ijazah dan Transkrip
PENGAMBILAN SKROL IJAZAH DAN TRANSKRIP
- Sebelum hadir mengambil skrol ijazah dan transkrip akademik, sila pastikan:-
- telah memulangkan jubah graduan
- telah menjelaskan semua hutang (jika berkenaan)
- Graduan yang tidak menghadiri konvokesyen hendaklah menjelaskan hutang dengan universiti sebelum mengambil skrol ijazah dan transkrip.
- Jika skrol memerlukan penghantaran melalui pos, bayaran hendaklah menggunakan Kiriman Wang atau Draf Bank atas nama Bendahari, Universiti Kebangsaan Malaysia dan dihantar kepada:
* Bagi semua graduan SELAIN graduan dari UKM-Graduate School of Business
Timbalan Pengarah
Pusat Pengurusan Akademik (AKADEMIK UKM)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
43600 UKM, Bangi, Selangor Darul Ehsan
* Bagi graduan dari UKM-Graduate School of Business sahaja
Dekan
UKM-Graduate School of Business
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM, Bangi, Selangor Darul Ehsan
- Pelajar Program Eksekutif/Program Berterusan Jarak Jauh (Pusat Kembangan Pendidikan) – Bayaran dibuat atas nama Pusat Kembangan Pendidikan dan dihantar kepada:
Ketua
Jabatan Pengurusan Akademik
Pusat Kembangan Pendidikan (PKP)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
43600 UKM, Bangi, Selangor Darul Ehsan
- Kadar bayaran penghantaran secara pos yang dikenakan
Dalam Negara | Luar Negara |
RM10.00 | RM150.00 |
- Pemulangan Jubah/Mengambil Ijazah Melalui Wakil
- Sekiranya graduan menghantar wakil untuk memulangkan jubah graduan atau mengambil skrol ijazah, sila klik Borang Surat Kuasa Pengambilan Skrol Ijazah/Diploma atau Memohon Diposkan .