ZOO NEGARA VOLUNTEER PROJECT

Zoo Negara Volunteer Project merupakan program Eksekutif Kebudayaan dan Warisan Kolej Pendeta Za’ba yang dianjurkan pada 20 Januari 2013

           Zoo Negara Volunteer Project merupakan satu projek yang bertujuan untuk meningkatkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia dan khusunya mahasiswa/i Kolej Pendeta Za’ba. Zoo Negara Volunteer Project ini merupakan program julung kali yang akan diadakan oleh Kelab Artiz(Sekretariat Kebudayaan & Warisan Kolej Pendeta Za’ba) dan hal ini menunjukkan bahawa walaupun Kelab Artiz bertujuan untuk fokus kepada kebudayaan dan kesenian , namun kelab ini mampu untuk membentuk para pelajar dari perspektif yang lain selain dari kebudayaan iaitu kesukarelawanan.

       Selain itu, ia juga bermatlamat untuk memberi inspirasi kepada mahasiswa/i Kolej Pendeta Za’ba khususnya untuk merasai satu pengalaman menjadi sukarelawan bersama binatang. Maka secara tidak langsung dapat mewujudkan perasaan sayang terhadap haiwan. Program ini juga akan membuang persepsi bahawa kelab kebudayaan hanya tahu kebudayaan , namun di sebalik itu , kami mempunyai sifat yang lebih daripada itu.

         Secara keseluruhan, program ini berpotensi untuk memupuk perpaduan antara kaum dan penampilan seseorang mahasiswa/i untuk lebih memahami semangat kesukarelawanan dalam peringkat lebih global.

ALUNAN MELODI UKM 2013

Alunan Melodi UKM 2013 merupakan pertandingan nyanyian tradisional melayu di mana seramai 12 orang peserta dari kolej-kolej di UKM menyertai pertandingan ini. Alunan Melodi telah di adakan pada hari Sabtu,jam 8.30 malam di Panggung Seni. Nur Amalina binti Said merupakan pelajar  Kolej Pendeta Za’ba  yang mewakili kolej. Beliau merupakan peserta pertama yang di umumkan  untuk mara ke Pentandingan Akhir Alunan Melodi .

           Amalina telah memilih lagu Nazam Berkasih  dimana penyanyi asalnya ialah Syura untuk didendangkan ketika pertandingan tersebut. Amalina turut di bantu oleh rakan-rakannya dari Kolej Pendeta Za’ba seramai 6 orang dan turut di bantu oleh dua orang  penasihat. Mereka yang membantunya ialah Abdul Wahab, Muhd Aqil, Muhd Azri, Puteri Aifaa, Nur Amalina Bt Ahmad, Nurhanie Izni Bt Md Rabhi, dan dua orang penasihat iaitu Raja Zaharul Ashriq dan Zakwan Zainal.

          Dengan semangat dan kerjasama yang jitu serta nyanyian yang mempersonakan, Amalina telah muncul sebagai Johan Alunan Melodi UKM 2013 dimana beliau telah menewaskan  11 peserta yang lain. Di samping itu, Amalina juga telah memenangi  kategori persembahan terbaik.