Dewan Besar Za’ba

Dewan ini dilengkapkan dengan pendingin hawa, kerusi banquet dan meja bulat atau meja seminar, sistem siaraya serta kemudahan LCD. Ia sesuai digunakan untuk aktiviti seminar, bengkel, kursus dan majlis perkahwinan. Dewan ini dapat memuatkan 150 peserta seminar beserta meja dan kerusi banquet. Bersebelahannya terdapat 2 buah bilik seminar yang masing-masing dapat memuatkan 70 dan 30 orang.