Kafetaria Kolej Pendeta Za’ba

Terdapat 12 buah kiosk makanan dan 1 kafe yang menyediakan pelbagai masakan tempatan dan antarabangsa. Kafe yang dibina berkonsepkan moden dan berpusat kepada laman hijau ini juga menyediakan pentas persembahan untuk aktiviti kesenian dan sebagainya. Bersebelahan dengannya terdapat pelbagai kedai runcit, percetakan dan komputer untuk kegunaan awam.