Kolej Pendeta Za'ba

 Kolej Kediaman Pelajar KPZ UKM Bangi

Program Primer

  1. KAPREZA
    Karnival Premier Za’ba (KAPREZA)merupakan aktiviti hari keluarga tahunan yang dijalankan secara bersepadu antara pelbagai eksekutif yang melibatkan pelbagai pihak iaitu penghuni KPZ, para pelajar UKM, agensi kerajaan dan swasta serta orang awam. Program yang kebiasaannya dijalankan selama tiga hari di sekitar KPZ meliputi Forum Perdana, persembahan pentas, jualan gerai dan keusahawanan, seminar dan rawatan kesihatan, program kewanitaan dan kanak-kanak.


  2. BERSZA
    Bersamamu Siswa/i) Za’ba adalah cetusan daripada kejayaan Program Kami Prihatin yang dianjurkan bersama dengan Utusan Malaysia pada 25-27 Julai 2010.  Kini aktiviti khidmat masyarakat para penghuni KPZ telah diperluaskan kepada masyarakat sekitar kampus UKM. Bahkan ia diperluaskan kepada masyarakat yang tinggal jauh di pendalaman termasuk masyarakat Orang Asli. Program BERSZA yang pertama telah diadakan di Kampung Rawai, Marang Terengganu pada 11-13 Mac 2011 diikuti di Felda Bera, Pahang pada tahun 2012. Seterusnya pada tahun 2013, perkampungan Orang Asli Kampung Kuala Rengi Lojing, Kelantan telah dijadikan kampung angkat BERSZA bagi meningkatkan kesedaran pendidikan dan kesihatan di kalangan masyarakat pribumi tersebut. Dalam memberikan impak maksimun kepada komuniti,  program BERSZA dilaksanakan secara kolaborasi dengan agensi kerajaan dan NGO.


  3. Mobiliti Antarabangsa KPZ
    Program Mobiliti Antarabangsa adalah program pendedahan para pemimpin pelajar KPZ ke peringkat antarabangsa (outbound activity). Dengan penyertaan pada peringkat internasional ini, mereka akan dapat mempelajari pelbagai aspek kepimpinan dan budaya keusahawanan yang diterapkan di institusi pengajian tinggi luar negara.  Mereka juga mampu menjalankan studi banding antara pelbagai pola kehidupan, budaya dan agama di pelbagai negara. Program Mobiliti Antarabangsa KPZ bermula di Otago, New Zealand (2011) diikuti Ho Chi Minh City, Vietnam (2012), Vientiane, Laos (2013) dan Medan, Indonesia (2014).


  4. MAGIZ
    Malam Resepsi Gemilang KPZ (MAGIZ) adalah kemuncak acara tahunan yang diadakan bagi meraikan kejayaan para penghuni KPZ sama ada dalam bidang sukan, akademik atau kebudayaan. Majlis yang berbentuk makan malam ini menjadi medan kepada pengurusan kolej menghargai sumbangan para Ahli Majlis Eksekutif Pelajar (MEP), Felo dan kakitangan yang banyak berjasa kepada kejayaan KPZ. Pada acara MAGIZ, anugerah-anugerah berikut disampaikan kepada pemenang:

    • Anugerah Pelajar Cemerlang Tahun 1
    • Anugerah Pelajar Cemerlang Tahun 2
    • Anugerah Pelajar Cemerlang Tahun 3
    • Anugerah Pelajar Cemerlang Tahun 4
    • Anugerah Olahragawan
    • Anugerah Olahragawati
    • Augerah Seniman
    • Anugerah Seniwati
    • Anugerah Jasa Bakti
Translate »