Misi, Visi dan Matlamat

Visi

Bertekad menjadi kolej kediaman yang terkehadapan dalam pengukuhan kemahiran generik, perkhidmatan dan kebajikan pelajar yang berkualiti, cekap, berkesan dan professional serta sesuai dengan keperluan semasa untuk memenuhi kehendak, kepuasan dan jangkaan pelanggan berlandaskan kepada visi dan misi Universiti.

Misi

Menjadi kolej kediaman terpilih untuk pelajar mengembangkan pengetahuan, kemahiran generik, bakat, kebolehan kepimpinan, sahsiah serta kecemerlangan melalui aktiviti kebudayaan, kesenian dan semangat jati diri kebangsaan berteraskan kepada motto “Pewaris Keunggulan Pendeta”.

Matlamat

  • Mendidik dan melatih pelajar dalam aktiviti kemasyarakatan daripada segi kemahiran praktis, sumbangan intelektual, kesukarelawanan, pembinaan modal insan dan kecerakinan ilmu di kalangan pelajar.
  • Memperkasa dan memperluaskan pengetahuan, kemahiran generik dan perkhidmatan pelajar dalam hubungan dengan masyarakat luar selari dengan hasrat visi dan misi UKM.
  • Melatih pelajar bersifat lebih prihatin terhadap masalah dalam masyarakat, bertanggungjawab kepada universiti dan mementingkan kerukunan, kesejahteraan, keharmonian hidup serta saling bekerjasama di kolej.