BERITA: Agihan Bubur Lambuk kepada Para Pelajar

Disediakan oleh: Muhammad Faidhi bin Fadzil
SABTU (9 JUN 2018)

Pada 8 Jun 2018, sejumlah 250 bubur lambuk telah diagihkan kepada pelajar Kolej Rahim Kajai dan kolej-kolej lain di sekitar UKM. Hasil sumbangan orang ramai dan pihak-pihak yang prihatin, agihan ini mendapat respon yang baik daripada komuniti terdekat. Kerjasama Majlis Eksekutif Pelajar dalam menjayakan program ini diharap dapat membuka mata semua pihak dalam melihat Kolej Rahim Kajai sebagai kolej yang mengutamakan masyarakat dengan menyumbang kepada semua. Pihak kolej juga berharap aktiviti seperti ini akan lebih kerap dijalankan pada masa akan datang.

Kolej Rahim Kajai mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa yang berbaki 6 hari ini. Bagi yang ingin pulang ke kampung, berhati-hatilah dan jaga kesihatan dan keselamatan sepanjang Hari Raya Aidilfitri nanti. -TAMAT-