BERITA: Bantuan Duta IOJ Sempena Hari Raya Aidilfitri 2018

Disediakan oleh: Khew Chung Yuen & Sofia Skymmar
JUMAAT (8 JUN 2018)

Program Jom Singgah Sahur telah dijalankan oleh duta-duta IOJ bersama-sama MEP Kolej Rahim Kajai (KRK) pada 9 Jun 2018 bermula dari pukul 10.30 malam hingga 11.45 malam di mana bantuan berbentuk barang keperluan diedarkan kepada 5 keluarga anak angkat KRK di sekitar Bangi.

Program bantuan raya turut diserikan dengan kehadiran Pengetua Kolej Rahim Kajai, Dr Badrul bagi memeriahkan lagi suasana lawatan bantuan sahur. Sebanyak 2 kumpulan telah dibahagikan untuk ke tempat tinggal anak-anak angkat.

Kumpulan pertama menuju ke Taman Desa Sentosa Fasa 2 manakala kumpulan yang kedua menuju ke Kampung Bahagia dan Kampung Sungai Buah. Bantuan raya seperti gula, minyak, ketupat, air kordial, kurma dan bantuan buku praktis telah diberikan kepada keluarga anak-anak angkat bagi meringankan beban kos perbelanjaan harian mereka. -TAMAT