BERITA : FESKI MENGIMARAHKAN LAGI BULAN RAMADHAN

Disediakan oleh: Nurul Ain Binti Samad

Imej mungkin mengandungi: 8 orang, orang senyum

Pada 11 May 2019, telah berlangsungnya sebuah program iaitu Festival Kembara Iman 5 atau FESKI 5 anjuran Biro Kerohanian Kolej Rahim Kajai untuk fasa keduanya yang bertempat di Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. .

Antara pengisian program sempena fasa keduanya pada bulan Ramadhan ini adalah Kursus Pemantapan Solat, Ceramah oleh Pencetus Ummah Sufiyan, Kursus Bacaan Al-Quran serta Quran Hour. .

Program yang berlangsung dari pukul 9 pagi ini diteruskan lagi pada sebelah malamnya dengan kehadiran 35 orang kanak-kanak golongan B40 dan ahli-ahli jawatankuasa surau daripada Teras Jernang. Majlis berbuka puasa serta solat terawih juga telah dijalankan secara bersama di Foyer Kolej Rahim Kajai. .

Program FESKI 5 diakhiri dengan majlis penutupan iaitu penyerahan cenderamata dan saguhati oleh Pengetua Kolej Rahim Kajai, Dr Badrulzaman bin Abd Hamid kepada para tetamu iaitu kanak-kanak dan ajk-ajk surau yang hadir daripada Teras Jernang.