BERITA: ICAF 2019 – KOLEJ RAHIM KAJAI GAPAI GELARAN NAIB JOHAN

Disediakan Oleh: Muhammad Faidhi Bin Fadzil

Imej mungkin mengandungi: 28 orang, orang senyum, orang ramai

Pertandingan Inter College Arts Festival (ICAF) 2019 yang diwakili oleh 12 kolej telah berlangsung dengan jayanya pada 18 hingga 23 April yang lalu.

ICAF merupakan program tahunan anjuran Pusat Kebudayaan UKM bagi mencungkil bakat-bakat mahasiswa yang dalam bidang kesenian sama ada tarian, nyanyian, filem pendek dan banyak lagi.

Secara keseluruhannya, Kolej Rahim Kajai telah berjaya merangkul gelaran naib johan setelah memperoleh anugerah naib johan pertandingan nasyid, johan pertandingan muzik band, tempat ketiga pertandingan nyanyian irama asli, naib johan keseluruhan pertandingan rampaian tradisional melayu serta beberapa anugerah lain.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah bertungkus lumus bagi mewakili Kolej Rahim Kajai dalam ICAF kali ini. Tahniah juga buat Kolej Aminuddin Baki (johan keseluruhan) serta Kolej Ungku Omar (tempat ketiga keseluruhan).