BERITA: Jamuan Raya Kolej Rahim Kajai

Disediakan oleh: Muhammad Faidhi bin Fadzil
SABTU (14 JULAI 2018)

Pada 12 Julai 2018, Kolej Rahim Kajai telah mengadakan jamuan sempena Hari Raya Aidilfitri bertempat di Foyer Pentadbiran.

Pelbagai juadah yang menarik serta menyelerakan telah disediakan dengan kerjasama pihak pentadbiran, felo dan MEP. Alhamdulillah, jamuan tahun ini disambut dengan meriah sekali serta dihadiri oleh ramai orang.

Kolej Rahim Kajai mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir bagi memeriahkan jamuan raya tahun ini. Semoga kita semua dapat berjumpa lagi dengan bulan yang mulia ini pada tahun-tahun seterusnya. -TAMAT-