BERITA: KEJOHANAN SILAT TANDING JEMPUTAN 5 PENJURU – SHAFIQ RAIH KEDUDUKAN JOHAN

Disediakan Oleh: Muhammad Faidhi Bin Fadzil

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang berdiri

Mohamad Syafiq bin Mohd Shauari, pelajar Tahun 1 Kursus Psikologi yang juga warga Kolej Rahim Kajai merupakan antara peserta yang mewakili UKM dalam Kejohanan Silat Tanding Jemputan 5 Penjuru pada 27 April yang lalu, bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Kejohanan ini diadakan bagi melihat kemampuan serta kelayakan atlet untuk menyertai kejohanan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Beliau telah berjaya membawa nama UKM dengan gelaran Johan dalam silat Kategori F.

“Pertandingan ini dianjurkan oleh UKM sendiri bagi persediaan bagi melihat kemampuan atlet untuk ke MASUM. Saya merupakan peserta tunggal tahun pertama yang memenangi pingat emas dan InsyaAllah akan bertanding mewakili UKM untuk ke MASUM pada bulan 7 ini bertempat di UMP, Pahang.”, kata Shafiq.

Beliau turut memanjatkan rasa syukur serta terima kasih kepada semua yang telah memberi tunjuk ajar kepadanya. Berkat tunjuk ajar yang diberi telah berjaya membuat Shafiq terus maju ke hadapan.

Kolej Rahim Kajai mengucapkan tahniah buat saudara Shafiq. Semoga berjaya dalam kejohanan MASUM yang akan datang.