Berita : Kelas Mandarin D’ Kajai #7

Berita oleh : Team Media

Kelas Mandarin D’ Kajai (KMDK) yang ketujuh telah dijalankan pada 20/11/17 (Hari Isnin) bertempat di Bilik Seminar 1. Tema untuk KMDK pada minggu ini ialah “Budaya & Lagu Kaum Cina”. Melalui kelas ini, pelajar dapat mengenali budaya kaum Cina seperti perayaan Tahun Baru Cina, Sambutan Kuih Bulan, Sambutan Tangyuan. Selain itu, mereka dapat mengenali Pakaian Kaum Cina seperti Pakaian Cheongsam dan Pakaian Tang dan Alat Musik kaum Cina. Mereka juga telah belajar sebuah lagu yang bertema “Twinkle Twinkle Little Star”. Selepas sesi P&P, permainan puzzle telah dijalankan untuk mengukuhkan ingatan mereka tentang perkataan yang dipelajari.
Sekian, terima kasih.