BERITA: LATIHAN KEBAKARAN BERJAYA DILANGSUNGKAN

Berita oleh: Sofia Izzati Skymmar

ISNIN BERSAMAAN 27 NOVEMBER 2017

Latihan kebakaran bagi Kolej Rahim Kajai telah dijalankan pada sekitar jam 11 malam dengan kerjasama daripada Biro Keselamatan dan Latihan. Semua ketua blok, ketua flatlet, ahli Briged, kor sispa serta petugas BSMM telah bertugas bagi melicinkan perjalanan latihan.

Latihan dimulakan dengan deringan loceng kebakaran selama 3 minit. Para pelajar dikumpulkan di dataran bagi mengambil kehadiran dan seterusnya mendengar taklimat daripada ahli bomba serta menyaksikan demonstrasi pemadaman api.

Seramai 5 orang pelajar daripada Kolej Rahim Kajai telah diberi peluang untuk merasai peluang memadamkan api menggunakan alat pemadam api yang disediakan. Latihan kebakaran tersebut tamat pada sekitar jam 12 malam.- HABIS