BERITA: MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UKM SECARA RASMINYA MULA MENJALANKAN TUGAS

Berita oleh: Sofia Izzati Skymmar

KHAMIS BERSAMAAN 5 OKTOBER

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UKM sesi 2017/2018 telah diadakan pada 5 Oktober jam 9 malam bertempat di Bilik Senat, Canselori UKM.

Seramai 39 orang ahli MPP menerima watikah pelantikan daripada Naib Canselor iaitu Profesor Dato’ Seri Noor Azlan Ghazali.

Seramai sekitar 80 orang telah menghadirkan diri ke majlis tersebut termasuk barisan Timbalan Naib Canselor UKM, barisan dekan fakulti, para pengetua dan Ketua Eksekutif setiap kolej.

Dengan berlangsungnya majlis ini, maka secara rasminya telah bermula tampuk kepimpinan yang dibawa oleh MPP UKM. Majlis tamat pada pukul 10.30 malam.

Tahniah diucapkan kepada saudari Salwa Hanapi, saudari Kiruthiga A/P Jeevanantham, saudari Siti Anisah Mohd Johan, saudara Nor Azli Azuan Nor Azlan, saudara Muhammad Khafis Joki dan saudara Ng Cheng Wei yang merupakan warga Kajai yang dilantik menjadi Majlis Perwakilan Pelajar UKM Sesi 2017/2018