BERITA: Malam Apresiasi KRK 2018

–Oleh: Siti Hadibah Aqila Binti Hamid—
 
28 Februari 18 – Sumbangan para pelajar dalam penglibatan pelbagai program dan aktiviti dalam dan luar kolej sepanjang sem lepas dirai pada Malam Apresiasi di Kafeteria Kolej Rahim Kajai (KRK), malam tadi.
 
Majlis makan malam rasmi bertemakan Malam Apresiasi KRK diadakan sempena meraikan kerja keras yang disumbang oleh barisan Majlis Eksekutif Pelajar, Ketua Eksekutif, Sekreteriat MUR2017, Pasukan Lasykar Khaleefa, Pemenang Islamic Art Festival dan Pesta Konvokesyen dan juga para atlet SUKEM yang seramai lebih kurang 100 orang pelajar.
 
Majlis yang dianjurkan oleh Majlis Eksekutif Sukan dan Rekreasi dengan kerjasama pihak pengurusan KRK itu telah dirasmikan oleh Pengetua KRK, Prof. Madya Dr. Haji Roslee Rajikan.
 
Acara utama dalam majlis apresiasi ini merupakan sesi penyampaian hadiah kepada atlet SUKEM 2017 dan juga tayangan video sepanjang aktiviti sem lepas.
 
Majlis turut diserikan dengan persembahan pembukaan nyanyian nasyid oleh pasukan Lasykar Khaleefa.