BERITA: Malam Santai Seni 3.0 Kolej Rahim Kajai

Oleh: HUSNA NABEELA

Bertempat di Kafe KRK, Malam Santai Seni 3.0 anjuran Kelab Kebudayaan Adyratna yang bertemakan cinta telah berlangsung dengan jayanya pada malam 14 Mac 2018.

Program ini telah dihadiri oleh barisan FELO, MEP serta para pelajar.

Beberapa pengisian daripada program ini terdiri daripada cinta terhadap budaya, negara, alam sekitar dan cinta sesama manusia.

Santai Seni 3.0 telah mempersembahkan beberapa persembahan menarik seperti nyanyian, tarian dan puisi yang turut disertai oleh pelajar-pelajar dari kolej yang lain, antaranya Kolej Pendeta Za’ba, Kolej Aminuddin Baki dan seterusnya Kolej Rahim Kajai sendiri.

Selain itu, terdapat juga penyampaian info-info yang berkaitan dengan aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang semester ini.