BERITA: MUSANG KAJAI MENUMPASKAN BUAYA BURHAN DALAM PERLAWANAN BOLA SEPAK 

Berita oleh: Khew Chung Yuen dan Sofia Izzati Skymmar.
Gambar oleh: Khew Chung Yuen

SELASA BERSAMAAN 3 OKTOBER 2017

Satu perlawanan persahabatan yang menyaksikan Kolej Rahim Kajai sebagai tuan rumah menentang pasukan bola sepak Kolej Burhanuddin Helmi bertempat di padang bersebelahan Blok A, Kolej Rahim Kajai, yang berlangsung pada jam 5.30 petang dan diadili oleh saudara Aizuddin.

Seramai 25 orang penyokong telah hadir ke perlawanan tersebut bagi memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing. Objektif perlawanan ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan di antara kedua-dua kolej dan sebagai persiapan untuk menghadapi Kejohanan Sukan UKM (SUKEM) pada bulan November ini.

Kolej Rahim Kajai telah memenangi perlawanan dengan keputusan 3-1. MEP Sukan Kolej Rahim Kajai iaitu Nor Azli Azuan telah melahirkan rasa bangga terhadap pasukan dan berharap mereka dapat mengekalkan momentum ini dalam perlawanan-perlawanan akan datang.