BERITA: PENGETUA KRK MERASMIKAN ACARA PIALA PENGETUA ANJURAN BIRO SUKAN DAN REKREASI.

AHAD BERSAMAAN 8 OKTOBER 2017

Prof. Madya Dr. Roslee Rajikan, pengetua Kolej Rahim Kajai telah merasmikan Piala Pengetua anjuran Biro Sukan dan Rekreasi yang berlangsung pada pagi ini bersama dengan Dr. Mohd Nor Shahizan bin Ali, timbalan pengetua dan felo-felo serta MEP dengan aktiviti futsal di Gelanggang UKM.

Ayahanda pengetua telah tiba pada jam 9. Objektif pertandingan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat pelajar yang baru untuk diserap bagi mewakili kolej.

Acara-acara sukan seperti bola tampar, bola jaring, bola baling, dan futsal mula berlangsung pada pukul 8 pagi ini.