BERITA : PESTA CAHAYA 2017, KOLEJ RAHIM KAJAI

Berita oleh : Melissa Michelle

Pada 24 November 2017 yang bersamaan dengan hari Jumaat Pesta Cahaya 2017 telah diadakan anjuran F. Com. Indian Society (FINS). Program ini telah berlangsung di Aras 6 Pusanika, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Program ini berjaya menghimpunkan lebih daripada 80 orang pelajar dari kolej-kolej UKM. Turut hadir dalam program ini ialah Dr. Mohd. Shahizan bin Ali selaku Timbalan Pengetua Kolej Rahim Kajai, Barisan Felo serta Barisan Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Rahim Kajai.

Program ini yang bertemakan “Tradition for Unity”. Objektif program ini adalah untuk memberikan pengetahuan serta pendedahan tentang aktiviti tradisional bangsa India kepada mahasiswa/i UKM. Bagi merealisasikan objektif tersebut, beberapa pertandingan telah diadakan seperti menghias pelita dan membuat kolam. Pertandingan-pertandingan ini memaparkan budaya, tradisional serta amalan kaum India yang diikuti semasa menyambut Deepavali.