BERITA: Pesta Meriah D’Kajai KRK 2018

Oleh: Siti Hadibah Aqila Binti Hamid

Pesta Meriah D’ Kajai 2018 yang bertempat di Kafe KRK tampil lebih meriah dengan aneka aktiviti berbanding pada tahun sebelumnya.

Tujuan utama program adalah untuk memupuk semangat kerjasama dan perpaduan yang ditonjolkan oleh semua ahli biro IPK, HELA dan biro SISWI untuk menjayakan Pesta D’Meriah Kajai pada tahun ini.

Program ini menggabungkan pelbagai aktiviti dari permainan tradisional, “DIY food”, pameran kostum yang merangkumi bangsa Melayu, India dan Cina sehingga persembahan yang hebat dari warga Kajai telah menjadi tarikan utama.

Program ini tampil kelainan dengan penyertaan daripada Alumni KRK yang dijemput untuk memeriahkan lagi disamping para pelajar daripada pelbagai bangsa, agama dan kaum agar dapat memupukkan lagi rasa toleransi dan kesatuan antara satu sama lain.