BERITA: PROJEK MURAL K16A, KOLEJ RAHIM KAJAI

Berita oleh: FAHIZ ARIFF

AHAD BERSAMAAN 04 MAC 2018

Projek Mural yang bertujuan untuk menceriakan dan menghiasi blok K16A, Kolej Rahim Kajai telah dijalankan pada Jumaat, 2/3/2018 hingga Ahad, 4/3/2018.

Projek ini telah mendapat kerjasama daripada semua penghuni blok K16A bagi melicinkan perjalanan program.

Program ini telah dirasmikan oleh ayahanda pengetua, Prof. Madya Dr. Roslee Rajikan, tepat jam 8:30 malam di ruang legar aras 2, blok K16A, Kolej Rahim Kajai.

Terdahulu, beliau juga turut menzahirkan rasa bangga terhadap blok K16A diatas inisiatif yang telah dilakukan oleh penghuni K16A.