BERITA: RED FOX CUP 2018

Disediakan oleh: Muhammad Nazrin bin Sarnin
ISNIN (8 OKTOBER 2018)

 

 

 

https://www.youtube.com/watch?v=8eBaUVoZMWw

 

Kejohanan RED FOX CUP atau dahulunya dikenali sebagai PIALA PENGETUA merupakan acara wajib tahunan yang disambut meriah baru-baru ini.Suatu inisiatif terbaik daripada biro sukan dan rekreasi apabila RFC (Red Fox Cup) diwujudkan kerana kejohanan ini secara tidak langsung telah membantu dalam mengesan bakat-bakat baru atlet kolej Rahim kajai selain merapatkan hubungan di antara kalangan penghuni kolej Rahim kajai.

Kejohanan RFC ini bermula seawal jam 7.50 pagi dimulakan dengan aktiviti ZUMBA yang diketuai oleh kumpulan Rikatari Adyratna. Kejohanan ini kemudiannya telah dirasmikan oleh Dr. Badrulzaman Bin Abdul Hamid (Pengetua Kolej Rahim Kajai). Kesemua acara yang dipertandingkan dimulakan tepat jam 8.45 pagi dengan sebanyak 4 acara sukan dipertandingkan iaitu futsal, bola baling, bola tampar dan bola jaring. Kejohanan ini memperlihatkan 24 pasukan berentap dalam kejohanan ini. Lebih menarik lagi, gimik perasmian kejohanan ini dimulakan dengan acara futsal kain pelikat yang disertai barisan pentadbiran dan majlis eksekutif pelajar serta felo pemantau. Kejohanan ini diakhiri dengan acara penyampaian hadiah kepada pemenang dan majlis tamat pada jam 5 petang.

Tahniah diucapkan kepada pasukan-pasukan yang berjaya merangkul gelaran johan bagi acara-acara yang telah dipertandingkan dan terima kasih diucapkan kepada semua penghuni kolej Rahim kajai yang turut serta dalam kejohanan RED FOX CUP 2018. -TAMAT-