BERITA: Sambutan Hari Malaysia Peringkat UKM 2018

Disediakan oleh: Siti Hadibah Aqila binti Hamid
SABTU (22 SEPTEMBER 2018)

https://youtu.be/fiWBn5Zi03g

Kontinjen Kolej Pendeta Za’aba (KPZ) berjaya mengungguli dua anugerah emas pada Sambutan Hari Malaysia 2018 yang dilangsungkan di Stadium UKM, di sini, semalam.

KPZ meraih tempat pertama bagi Busana Terbaik dan Perbarisan Terbaik, manakala Kolej Tun Syed Nasir (KTSN) meraih emas Anugerah Harapan, Kolej Rahim Kajai (KRK) meraih emas Anugerah Komitmen dan seterusnya Kolej Tun Hussein Onn (KTHO) meraih emas bagi Anugerah Potensi.

Kemeriahan sambutan sempena mengingati hari kebangsaan disaksikan oleh ribuan warga UKM dan dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UKM (LPU), Dato’ Seri Dr Ibrahim Saad.

Turut hadir Naib Canselor Prof Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali bersama kesemua Timbalan Naib Canselor dan anggota-anggota LPU.

Telah menjadi tradisi, semua kolej mengambil bahagian dalam acara perbarisan dan memperagakan tarian dan busana kreatif masing masing setiap tahun sempena Hari Malaysia. -TAMAT-