BERITA: UKHWAH WARGA KAJAI DIPERERAT DALAM MAJLIS BACAAN YASSIN, DOA SELAMAT & SOLAT HAJAT

Berita oleh: Aishah Sufia Mohd Sukri

JUMAAT, 29 SEPTEMBER 2017

Seramai 80 orang warga Kolej Rahim Kajai (KRK) telah mengimarahkan surau KRK pada malam ini atas permintaan Dr. Shahizan selaku Timbalan Pengetua Kolej Rahim Kajai, beliau ingin mengadakan majlis ini bagi mendoakan anak-anaknya yang bakal menduduki peperiksaan Pt3 dan SPM tidak lama lagi. Majlis ini telah diuruskan oleh Biro Kerohanian dan Moral KRK.

Pada jam 7.30 malam, telah diadakan solat maghrib secara berjemaah yang diimamkan oleh saudara Amril, kemudian diikuti dengan bacaan yassin dan doa selamat. Usai solat Isyak secara berjemaah, majlis diteruskan lagi dengan solat hajat dan berakhir dengan jamuan yang telah disedikan.

Kami, dari pihak Unit Media Kajai dan warga Kolej Rahim Kajai mendoakan kejayaan anak-anak Dr. Shahizan dalam peperiksaan yang bakal dihadapi.