BERITA: Upacara Perlantikan Majlis Eksekutif Pelajar Sesi 2018/2019

Disediakan oleh: Khew Chung Yuen
KHAMIS (24 MEI 2018)

Perlantikan watikah Majlis Eksekutif Pelajar bagi sesi 2018/2019 yang dianjurkan oleh PPMPA bertempat di Persada Canselori UKM telah berlangsung pada 24 Mei 2018 bermula dari pukul 3 petang hingga 5 petang.

Perlantikan watikah ini disertai oleh semua calon-calon Majlis Eksekutif Pelajar setiap kolej kediaman UKM bersama-sama dengan Timbalan Pengetua dan Pengetua setiap kolej kediaman, wakil dari pusat dekan setiap fakulti, wakil mahasiswa/i dari setiap fakulti dan juga wakil-wakil dari kelab dan persatuan UKM.

Mantan Majlis Perwakilan Pelajar telah memberi kata-kata nasihat dan motivasi kepada kami dan diteruskan dengan ucapan dan harapan daripada Pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar yang baru bagi sesi 2018/2019. Kemudian Timbalan Canselor telah dijemput untuk member sepatah-dua kata kepada MEP yang baru serta memberikan watikah kepada wakil MEP setiap kolej kediaman. -TAMAT-