BERITA: KOLEJ RAHIM KAJAI MENDAPAT ANUGERAH TEMPAT KERJA SELAMAT TAHUN 2018

Disediakan Oleh: Muhammad Faidhi Bin Fadzil

18 Oktober 2018

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

MENJADIKAN tempat kerja selamat, sihat dan bebas kemalangan dan penyakit adalah penting. Ia akan menyumbang kepada peningkatan tahap persekitaran kerja yang menjadi satu daripada komponen penting kepada kualiti hidup pekerjaan dan produktiviti organisasi.

Bagi merealisasikan hasrat ini, Universiti Kebangsaan Malaysia telah menganjurkan Minggu Keselamatan, Kesihatan & Kelestarian UKM (M3K-UKM) sepanjang 10 Oktober 2018 hingga 23 Oktober 2018.

Terdapat dua anugerah dipertandingkan iaitu Anugerah Tempat Kerja Selamat serta Anugerah Tempat Kerja Kondusif. Bagi Anugerah Tempat Kerja Selamat (kategori Kolej Kediaman), Kolej Rahim Kajai telah mendapat tempat pertama, disusuli Kolej Dato’ Onn merangkumi tempat kedua, dan Kolej Pendeta Za’ba merangkumi tempat ketiga.

Sementara itu, Anugerah Tempat Kerja Kondusif (kategori kolej kediaman) telah dimenangi oleh Kolej Ibrahim Yaakub. Tahniah diucapkan buat para pemenang.