BERITA: FoxFit Deportiva – Bola Jaring

Berita oleh : Unit Media Kajai
SABTU (24 MAC 2018)

Pertandingan Bola Jaring Fox Fit telah dianjurkan oleh Kolej Rahim Kajai dengan kerjasama Pusat Sukan UKM di Gelanggang Bola Jaring UKM dari pukul 8 pagi hingga 7.30 petang.

Acara dimulakan dengan senam tari yang dipimpin oleh warga Kolej Rahim Kajai. Senaman ringan tersebut dilancarkan di Gelanggang Futsal UKM sebagai persediaan untuk pertandingan.

Seterusnya, pertandingan bola jaring dijalankan dan pertandingan dibahagi kepada dua kategori iaitu kategori campuran dan kategori amatur. Pertandingan tersebut diambil bahagian oleh pelajar dari pelbagai institut pelajaran tinggi.

Keputusan pertandingan adalah yang berikut:

Kategori Amatur
Pemain Terbaik: Lisharani (Wing Defence Dream B)
Johan: Dream B
Naib Johan: Fantastic
Tempat ke-3: Black Widow Fighters
Tempat ke-4: Dream A

Kategori Campuran
Pemain terbaik: Mohd Asrul (Goal Defence MJLC)
Johan: MJLC
Naib Johan: Conquest
Tempat ke-3: Jumperz UPSI
Tempat ke-4: Legend

Acara hari ini ditamatkan dengan majlis perasmian penutupan yang telah dihadiri oleh Professor Madya Dr Roslee Rajikan, Dr Mohd. Nor Shahizan Ali dan Puan Umi Khalsom Hot. Mereka telah meluangkan masa untuk terlibat dalam sesi penyampaian hadiah serta sesi fotografi. -TAMAT-