JOM BEKPES JULY 2017

19 July 2017
Seramai 25 mahasiswa Kolej Rahim Kajai , UKM dan 20 mahasiswa UNITEN telah menyertai program JOM BEKPES pada 19 July 2017. Mahasiswa – mahasiswa berkumpul di IOJ CENTER untuk membuat persiapan dan mengambil sarapan pada pukul 5.30 pagi. Selepas itu , mahasiswa IPT telah dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu kumpulan sekolah jalinan bimbingan Jalinan Kasih ,kumpulan Medan Tuanku,kumpulan Crash Pad dan kumpulan Pusat Transit.

 

Di sekolah jalinan bimbingan Jalinan kasih , aktiviti bersama murid-murid dimulakan dengan pemberian sarapan dan seterusnya diteruskan dengan sesi suai kenal ringkas bersama para sukarelawan dari kedua-dua universiti. Usai makan, para murid dipecahkan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada empat orang hingga enam untuk aktiviti melukis Jalur Gemilang. Teknik kolej telah diterapkan dalam aktiviti ini dan ternyata aktiviti ini adalah sangat bermanfaat dalam menaikkan semangat patriotisme dalam diri murid seterusnya dalam usaha memahami setiap maksud kepada setiap ciri Jalur Gemilang. Aktiviti diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para murid oleh Puan Hasnita, salah seorang guru di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih. Usai penyampaian hadiah, sedikit ucapan tanda penghargaan oleh pihak sekolah telah pun diberikan dan seterusnya majlis bersurai.Manakala, aktiviti yang dijalankan di Medan Tuanku, Crash Pad dan Pusat transit ialah memberi sarapan pagi kepada gelandangan dan berbual-bual dengan mereka.