Pasar Percuma D’Bangi 3.0 – “Health Awareness”

ppd3.0 2BANDAR BARU BANGI, 17 OKTOBER: Pada hari Sabtu yang lalu, pihak Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (PMFSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia telah menjemput Bulan Sabit Merah Malaysia Detachment 88F Kolej Rahim Kajai untuk menjadi sukarelawan bagi slot “Health Awareness” untuk program mereka iaitu Pasar Percuma D’Bangi 3.0 yang bertempat di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi. Seramai 5 orang sukarelawan telah menghadiri jemputan tersebut. Slot tersebut adalah bertujuan untuk mengetahui Index Jisim Badan (BMI) dan tekanan darah orang awam yang menghadiri program tersebut.

ppd3.0 1

ppd3.0

ppd3.0 3

___________________________________________________________________

18/10/15 :Ummi Uswa Amira Binti Ngujir (Komandan BSMM Detachment 88F Kolej Rahim Kajai)