PROGRAM MEGA MPP ASPIRASI SESI 2016/2017

PROGRAM MEGA MPP ASPIRASI SESI 2016/2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tarikh bertanggal 28 April 2017 meletakkan satu tanda mercu bahawa perkhidmatan kami Perwakilan MPP SESI 2016/2017 kini hampir sampai ke penghujung sesi. Namun kami masih mempunyai perangkaan yang akan ditunaikan sehingga habis kami berkhidmat buat universiti tercinta UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.Pihak Perwakilan MPP ASPIRASI telah merangka 4 Program Mega sepanjang perangkaan tindakan sepanjang sesi kali ini. Program tersebut merupakan :

1. INFRASISWA -24 APRIL 2017
Program yang meletakkan mercu tanda sumbangan kami pihak MPP bersama organisasi luar kepada 12 Fakulti di Kampus seluruh UKM

2. UNICLEAN – 29 APRIL 2017
Kempen penanaman anak pokok bagi kelestarian kawasan UKM sebanyak 250 Anak Pokok yang bakal ditanam bersama kerjasama Majlis Eksekutif Pelajar UKM SESI 2016/2017

3. UKM SELAWAT- 12 MEI 2017
Program Ukm Selawat 2.0 yang diteruskan bagi pengisian rohani mahasiswa ukm serta seluruh warga UKM

4. IFTAR PERDANA
Program ini akan dijalankan semasa bulan Ramadhan dengan kerjasama Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Kediaman.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi INFRASISWA telah dijalankan pada minggu lepas dengan jayanya melalui kerjasama pelbagai pihak dan UNICLEAN bakal dilancarkan pada esok hari. Semoga program ini dapat dilangsungkan dengan lebih berkesan.

Program UKM SELAWAT DAN IFTAR PERDANA akan menjadi kemuncak penutup program buat MAJLIS PERWAKILAN ASPIRASI sesi kali ini buat semua. Semoga program ini menjadi penutup yang baik buat kita semua . In Shaa Allah..

Justeru, Kami pihak MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR ASPIRASI SESI 2016/2017 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang sudi bekerjasama dengan kami serta salam sayang kami kepada warga UKM yang banyak memberi kami tunjuk ajar dan panduan dalam sepanjang perkhidmatan kami. Terima kasih kerana meberikan kepercayaan buat kami dalam menjalankan tanggungjawab kami dan kepercayaan kalian semua warga UKM menjadi penghormatan dan penghargaan buat kami untuk menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik.

Terima Kasih Mahasiswa/I UKM

Terima Kasih Warga UKM

Terima kasih Kalian..

Yang menjalankan tugas.

NOOR EMIRA KHAIRANEY BINTI NOR ASRAD
SPEAKER MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR ASPIRASI 2016/2017
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA