BERITA: Sesi Ramah Mesra Bersama Pengetua Baharu

Disediakan oleh : Ang Wooi Loon
KHAMIS (26 APRIL 2018)

Majlis Ramah Mesra telah dianjurkan oleh Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Rahim Kajai di Kafeteria Kajai pada 8.45 malam untuk membolehkan para warga kajai berkenalan dengan Pengetua Baru KRK iaitu Dr. Badrulzaman Bin Abdul Hamid.

Perjumpaan ini bermula dengan pengenalan diri oleh Dr. Badrulzaman. Seterusnya, dr telah menyatakan hasrat beliau sepanjang sesi pentadbiran. Matlamat dr adalah memelihara kebajikan serta perpaduan para warga Kajai.

Sesi Q&A juga telah dibuka kepada para kehadirin untuk menyatakan cadangan yang harap direalisasikan kepada Dr. Badrulzaman. Antara topik yang telah dibincangkan ialah penukaran bilik gym kepada bilik kebudayaan serta pembukaan bilik khas untuk SISPA.

Akhir kata, Dr. Badrulzaman berhasrat para warga kajai banyak menglibatkan diri dalam aktiviti Kajai. Penglibatan bukan sahaja untuk melonjakkan nama KRK di peringkat UKM, tetapi demi kebaikan para pelajar juga dalam pembangunan potensi sendiri secara seimbang. -TAMAT-