SUKARELAWAN IOJ KOLEJ RAHIM KAJAI DIRAIKAN OLEH MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA

20 JUN 2017 BERSAMAAN 23 RAMADHAN 1438H

 

SUKARELAWAN IOJ KOLEJ RAHIM KAJAI DIRAIKAN OLEH MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA

 

Seramai 34 orang mahasiswa/i Kolej Rahim Kajai hari ini telah diraikan oleh Dato’ Seri Hishamudin Hussein, Menteri Pertahanan merangkap Penaung Institut Onn Jaafar bertempat di Hotel Park Royal, Kuala Lumpur. Majlis turut disertai oleh para duta Institut Onn Jaafar sebagai tanda penghargaan atas aktiviti kesukarelawanan yang dijalankan bersama-sama institut tersebut.

 

Dalam majlis berbuka puasa berkonsepkan santai tersebut, Dato’ Seri Hishamuddin Hussein turut menyatakan harapan supaya program kesukarelawan antara Institut ini dan UKM berterusan pada masa hadapan. Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada setiap mahasiswa/i UKM berupa syiling rasmi kementerian pertahanan yang digunakan semasa persidangan rasmi menteri-menteri pertahanan diperingkat antarabangsa.

 

Institut Onn Jaafar merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan untuk memberi bantuan kepada masyarakat terutamanya dari kalangan gelandangan dengan keahlian daripada pelajar Universiti dan orang awam. Kolej Rahim Kajai telah menjalankan kerjasama dengan Institut Onn Jaafar semenjak tahun 2016 dan seramai 5 orang warga Kajai telah dilantik sebagai duta IOJ.

 

Turut hadir ke majlis tersebut, Prof.Madya Dr.Roslee Rajikan, Pengarah PPMPA merangkap Pengetua Kolej Rahim Kajai, Dr.Nor Shahizan Ali, Timbalan Pengetua, Dr.Hussein Mahdi dan barisan felo Kolej Rahim Kajai.