headerphoto

Sejarah & Biodata

Sejarah


Kolej Tun Dr Ismail ini telah beroperasi sepenuhnya sekitar Jun 1999. Kolej Tun Dr Ismail telah  dirasmikan selepas 3 tahun dibina. Pada awalnya, “kamsis Tun Dr. Ismail” terletak di Jalan Temerloh berdekatan Taman Tasik Titiwangsa yang merupakan kediaman para pelajar perubatan sejak dahulu lagi. Tetapi kini telah bertukar kepada Kolej Tun Syed Nasir.

Oleh sebab Fakulti Perubatan telah mempunyai hospital pengajarnya sendiri iaitu Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang kini dinaiktaraf sebagai Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sejak Febuari 2008, maka Kolej yang terletak di Jalan Temerloh itu sudah tidak dapat meneruskan “khidmatnya” bagi memberi kemudahan kepada para pelajar tahun klinikal akibat factor lokasi yang agak jauh untuk para pelajar berulang alik ke hospital bagi menjalani latihan klinikal.

Lantaran itu, atas desakan para pelajar yang mahu mereka disediakan satu penempatan khas, usul telah dibuat untuk menyediakan kemudahan tempat kediaman bagi para pelajar perubatan tahun klinikal. Tanggal 1999, impian para pelajar perubatan tercapai apabila pembinaan kolej dimulakan. Kolej ini dibina di kawasan HUKM dan mempunyai 6 blok asrama kediaman yang menempatkan lebih kurang 600 pelajar serta kemudahan- kemudahan yang lain.

 

Biodata


Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Dato’ Haji Abdul Rahman dilahirkan pada 4 November 1915 di Johor Baharu, Johor. Beliau menerima pendidikan awalnya di sekolah Bukit Zaharah Johor Baharu dan kemudiannya di Maktab Inggeris Johor Baharu. Setelah tamat pengajian peringkat menengah, beliau melanjutkan pelajaran ke Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura dari tahun 1935 hingga 1937. Semasa usia beliau menjangkau 28 tahun (1934), beliaumeneruskan pengajian dalam bidang perubatan di University of Melbourne, Australia. Berkat usaha yang tidak kenal jemu, beliau muncul sebagai anak melayu yang pertama mendapat ijazah Doktor Perubatan dari universiti tersebut pada tahun 1945. Beliau telah berkahwin dengan Toh Puan Norashikin bt Dato’ Mohd Seth dan dikurniakan 6 orang cahaya mata, 4 lelaki dan 2 perempuan. Beliau telah meninggal dunia pada 2 Ogos 1973, jam 10 malam di rumah beliau di Kuala Lumpur semasa beliau berusia 58 tahun.

Mengimbas kembali jawatan-jawatan yang pernah disandang oleh Allahyarham, beliau pernah dilantik menjadi ahli Dewan Undangan Negeri Johor dan kemudian sebagai Majlis Kerja Kerajaan Johor (EXCO) padaa tahun 1948. Pada tahun 1951, beliau telah dilantik menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian yang Pertama. Pada 1 Januari 1956, beliau turut serta dalam rombongan ke London untuk memperjuangkan kemerdekaan tanah air. Pada 31 Ogos 1957 (setelah merdeka), beliau bertugas sebagai Menteri tak Berjawatan dan kemudian sebagai Duta Besar Persekutuan Tanah Melayu yang pertama ke Amerika Syarikat. Beliau juga berperanan sebagai wakil tetap Negara di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sehingga tahun 1959. Pada tahun 1959juga, beliau diberi amanah sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri. Pada Tahun 1960, beliau dilatik sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan 3 tahun kemudian ditugaskan sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Pada tahun 1970, beliau telah berkhidmat sebagai ahli Majlis Perundangan Negara. Pada tahun 1971, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia oleh Allahyarham Tun Abdul Razak. Di samping itu, beliau turut menyandang jawatan Menteri Perdagangan dan Perusahaan.

Bagi mengenang dan menghargai jasa-jasa beliau sebagai seorang tokoh politik yang ulung, beliau telh dianugerahkan pingat Panglima Mangku Negara (PMN) oleh Yang Di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1959, Ijazah Kehormat Doktor Perundangan oleh Universiti Malaya pada Jun 1964, Anugerah Kehormat dari pemerintah Vietnam (‘Vietnam National Order Grand Officer’) oleh kerajaan Republik Vietnam, Bintang Kebesaran Seri Paduka Mahkota Johot (SPMJ), kedua-duanya dlam bulan oktober 1965 dan Bintang Kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM) oleh Yang DiPertuan Agongpada April 1966, yang membawa gelaran Tun kepada beliau. Beliau juga mendapat Anugerah Bintang Republik Indonesia dari Presiden Sukarno pada Mac 1970 dan Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang dari Universiti Sains Malaysia pada Jun 1973.

            Sumbangan dan jasa Allahyarham terhadap tanah air amatlah besar. Sumbangan terbesar beliau adalah dalam menuntut hak kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan membantu negara dalam menyatukan semula hubungan antara kaum selepas peristiwa 13 Mei 1969. Beliau berupaya memulihkan keamanan dalam negeri dan menawarkan khidmat bakti agar perkembangan peribadi nusa dan bangsa terselamat daripada kemusnahan penjajahan dan api perkauman. Beliau sanggup memperjuangkan hidup dan nilai keperibadiannya yang tinggi demi melihat pembangunan masyarakat dan Negara terlaksana dengan sepenuhnya. Kini, Negara kehilangan seorang lagi tokoh negarawan yang benar-benar berdedikasi dan unggul.

Senarai Pengetua

- Dr. Ridzuan Bin Hashim (1977-1979)
- Dr. Mohd Nasir Bin Hashim (1979-1981)
- Dr. Md Tahir Bin Azhar (1981-1982)
- Dr. Khalid Bin Abd Kadir (1982-1986)
- Dr. Mohd Bin Abd Razak (1987-1991)
- Dr. Mohd Shahdar Bin Shahid
(1992-1993)
- Prof. Dato Dr. Harun Bin Ahmad
(1993-1999)
- Dr. Aminiddin Saim
(1999-2000)
- Dr. Shahril Yusof
(2000-2004)
- Dr. Razman Jarmin
(2004-2005)
- Dr. Mohd Shahrir Mohamed Said
(2005-2007)
- Prof Madya Dr. Zulkifli Bin Md Zainuddin
(2008-now)